Wednesday, January 31, 2007

Muzakarah Jawatankuasa Pembangunan Remaja Negeri Selangor

Ahad 21/1/2007 Muzakarah Jawatankuasa Pembangunan Remaja (JKPR) Negeri Selangor 2007 telah diadakan di Pusat Komuniti JIM, Taman Melawati. Alhamdulillah seramai 19 orang penggerak remaja hadir dan memberi input yang baik.Terima kasih diucapkan kepada YDP Selangor - Tn. Hj. Fadhil yang telah meluangkan masa untuk merasmikan majlis tersebut walaupun selepas itu terpaksa bergegas ke tempat lain untuk mesyuarat.

Sessi muzakarah dikendalikan oleh Akh Rohasni Marjumat, Pengerusi JKPR Pusat. Penggerak remaja dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk sessi perbincangan bagi menjawab tiga persoalan yg dilontarkan oleh Akh Rohasni iaitu
  • apa aktiviti yg tercapai di peringkat daerah / negeri,
  • yang tidak tercapai daerah / negeri dan
  • harapan.

Alhamdulillah semua kumpulan menunjukkan keperihatinan terhadap pembangunan remaja Selangor dengan memberi maklumbalas yg baik dan memberangsangkan. Hasil dari persoalan tersebut diklasifikasikan mengikut kategori dan diberi 'ranking' dan Insya Allah output tersebut bersedia untuk diserapkan ke dalam SP JKP Remaja Selangor.

Penggerak Remaja pada sessi tersebut juga telah bersetuju untuk melantik AJK yang bertanggungjawab dalam menggerakkan remaja Selangor mengikut bidang masing-masing.



PENTADBIRAN
YUSOFF
NOURSILAWATI
SHAFIE

PERHUBUNGAN
ROMZY
ALIKIN


PEMBANGUNAN
AZMI
HASNOL BASRI


DANA
QHALID
NASHIRUDDIN


SETIAUSAHA
HAFIDZA

BENDAHARI
AHMAD KHALID



Noursila~

Tuesday, January 30, 2007

AJK WJS TURUN PADANG LAGI ... AMPANG JAYA



28 Januari 2007 : AJK Wanita JIM Selangor (WJS) yang terdiri dari Setiausaha Pn Azizah Abd Aziz, Bendahari Dr Radziah Jabir dan AJK Remaja Cik Noursilawati Abd Halim telah mengadakan lawatan ke Wanita JIM Daerah Ampang Jaya. AJ merupakan daerah ke tiga yang dikunjungi oleh WJS dalam siri lawatan mereka ke daerah-daerah di Selangor.

Semasa sesi lawatan yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 t/hari di Bilik Seminar, SRI Al-AminKL, WJ AJ telah berkongsi Perancangan Strategik (PS) Wanita Daerah yang berdasarkan kepada PS WJS. WJS juga berkongsi maklumat mengenai program terdekat yang bakal diadakan yang memerlukan penglibatan dari daerah.

WJ AJ mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan tersebut dan berharap ianya menjadi satu aktiviti berkala WJS dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara negeri dan daerah serta memacu usaha-usaha dakwah di peringkat daerah.

Halipah Mat Ali - S/U WJ AJ

NADI ASYBAL JIM AJ:prog istimewa-"AULAD MENYAMBUT HIJRAH"





SABTU, 27 JANUARI 2007, 9pg - 12 .30tgh di SRIAAKL

Diantara objektif program adalah untuk memberi kesedaran pada anak2 akan tarikh2 penting dalam kalendar Islam. Kehadiran adalah lebihkurang 50 orang anak2 Nadi Asybal yang terdiri dari anak2 ahli & bukan ahli JIM AJ serta pelajar2 SRIAAKL

3 kakak fasi UIA yang mantap telah dijemput khas untuk mengendalikan program kali ini. Pakej program ini merangkumi persembahan multimedia mengenai Hijrah, Cerita berinteraktif , Games yang kreatif dan diakhiri dengan Nasyid Hijrah beramai2. Soalan2 kuiz yang menawarkan hadiah2 menarik turut menghidupkan suasana sepanjang program

Setiap anak, menang atau tidak, pulang membawa hadiah & cenderahati sebagai penghargaan atas kehadiran & partisipasi mereka.

Terima kasih pada semua yang terlibat . Moga tercapai matlamat agenda pembinaan pelapis - demi kesinambungan da’wah JIM, insyaAllah

Laporan DERU JIM AJ -2

BATU PAHAT 25 Januari (6 Muharram) – Pasukan sukarelawan JIM Daerah Ampang Jaya yang terdiri daripada 2 orang ikhwah dan 2 orang akhawat tiba di Air Hitam Batu Pahat pada jam 10.30pagi setelah bertolak dari rumah Tuan Haji Azme Idris tepat pukul 7.30pagi.

Rombongan yang terdiri daripada Puan Noriah (ibu kapada En.Yusri), Abu Zar@En.Yusri, Habibah (isteri En. Yusri) dan penulis berkumpul bersama pasukan JIM Deru Johor di pejabat JIM Daerah Batu Pahat bertujuan menyalurkan dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di pusat-pusat penempatan sementara mangsa banjir. Pasukan JIM Deru Johor yang diketuai Akh Salleh Kassim Saleh (Pengarah JIM Deru Johor) turut dibantu oleh En. Ainullotfi (YDP Johor), Dr. Khalid, En. Abdul Razak, Puan Sumilah dan Puan Mahayati.

10.40pagi – Barang-barang keperluan seperti pakaian, bedak, alat tulis, makanan dan barangan keperluan harian telah disusun semula ke dalam dua buah kenderaan pacuan empat roda. Salah satu kenderaan yang berupa Mitsubishi Storm meurupakan hasil sumbangan ikhlas Tuan Haji Syed Zakaria.Pasukan bertolak dan mula memasuki kawasan kampung melalui Pekan Seri Medan tepat jam 11.38 pagi. Jalan masuk yang dikatakan sebelum ini sedalam 3 kaki dua atau tiga hari sebelumnya telah agak surut ke paras 2 kaki ketika pasukan meredah kawasan yang telah dinaiki air. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam meredah kawasan banjir yang sejauh lebih kurang 5km. Dua “photographer” bertugas (Akh Ainullotfi dan Abu Zar) telah bertenggek di belakang kenderaan pacuan 4 roda masing-masing bagi merakamkan suasana yang sungguh menambahkan keimanan.

Pasukan tiba di pusat penempatan sementara mangsa banjir Masjid Parit Lapis Bangas Seri Medan Batu Pahat lebih kurang jam 12.11tengahari. Pasukan telah disambut dengan meriahnya oleh Wak Sahlan, Cikgu Rahman dan penduduk kampung yang menetap di masjid tersebut. Barangan keperluan telah diagihkan dan pasukan beramah mesra dengan penduduk. Akh Ainullotfi turut diberi peluang oleh Wak Shalan untuk menyampaikan sediikit ucapan dan tazkirah.Kawasan kampung yang dinaiki air sebelum ini telah nampak mula surut. Terdapat juga penduduk yang telah pulang pada siang hari dan mejadikan Masjid hanya sebagai tempat tidur di malam hari.

Pasukan turut mengambil peluang mengadakan mesyuarat ringkas bersama Cikgu Rahman bagi membincangkan program yang bakal dianjurkan oleh JIM Johor bersama penduduk kampung Parit Lapis Bangas pada 27 dan 28 Januari (Sabtu dan Ahad) yang akan datang. Akh Salleh turut meyakinkan penduduk kampung bahawa pelajar-pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) seramai 80 orang akan turut memeriahkan program tersebut bersama JIM Johor. Selesai mesyuarat pasukan disajikan dengan jamuan tengahari yang cukup enak berluakkan ikan goreng, sayur kobis dan ikan masak singgang.

Pasukan kemudian bertolak ke destinasi seterusnya jam 1.15petang dan tiba di pusat penempatan sementara mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Sejagong Seri Medan Batu Pahat jam 2.12petang. Di dalam perjalanan pasukan mengambil peluang menumpangkan (di atas kenderaan pacuan 4 roda) para pelajar remaja yang pulang ke rumah meredah kawasan yang dinaiki air.Setelah tiba pasukan mengagihkan makanan dan barangan keperluan berbentuk alat tulis. Pasukan turut mengambil peluang mengagihkan “jajan” kepada para pelajar dan kanak-kanak. Solat Zohor dan Asar (Jama’ Qasr) berjamaah turut dilakukan di sini. Pasukan sekali lagi dijamukan dengan makanan dan kali ini disajikan dengan Mee Rebus Maggi.

Barangan agihan yang habis diberikan di Sekolah Kebangsaan Sejagong Seri Medan Batu Pahat mamaksa Pengarah JIM Deru Johor (Akh Salleh) membuat keputusan untuk ke kedai berhampiran utuk membeli dan menambah barangan keperluan untuk diberikan ke pusat penempatan sementara seterusnya. Di waktu yang sama Akh Ainullotfi telah mengadakan mesyuarat bersama En. Mursyidi selaku PIBG Sekolah Sejagong bagi membincangkan program seterusnya yang bakal diadakan seperti di kampung Parit Lapis Bangas.

Antara komen menarik En. Mursyidi ialah
“Bila saya boleh sertai jamaah ini agar saya dapat buat kerja yang sama” dan
“Adakah jamaah ini untuk orang-orang bandar sahaja”.

Pasukan kemudian bertolak dan singgah di pusat penempatan sementara mangsa banjir Masjid Jame’ Parit Jayus pada pukul 4.41petang untuk berjumpa semula dengan Akh Salleh yang selesai membeli barangan makanan. Sangkaan bahawa Peace (AMAN) Malaysia telah sampai kerana kelihatan “sticker” tertampal di pagar masjid menghilangkan hasrat singgah pada awalnya. Namun pasukan tetap mengambil kesempatan untuk menghulurkan bantuan dan bermu’yashah dengan Tuan Haji Jamali selaku ketua di Masjid Jame’ Parit Jayus Seri Medan.Perjalanan diteruskan dan singgah sebentar di masjid behampiran Satay Sahlan Seri Medan untuk memberi peluang Dr Khalid menunaikan solat Asar. Sementara menunggu pasukan merancang untuk menjamu selera di Satay Sahlan Seri Medan (no tel 0197698688 atau 074850662 ) namun hasrat terpaksa dibatalkan kerana tiada jualan pada hari tersebut. Namun pasukan sekali lagi tetap mengambil peluang beramah mesra dengan ibu kepada Ustaz Ibrahim di kedai tersebut.

Setelah berselisih dengan lori McDonald (yang memberi sumbangan makanan ke salah satu pusat penempatan sementara mangsa banjir) dan melalui jalan tidak berturap ladang kelapa sawit akhirnya pasukan sampai di Kampung Seri Tanjung lebih kurng jam 6.00petang. Ketibaan kami disambut oleh Pengerusi pusat penempatan sementara En. Norahiman Waldan serta penduduk kampung dan rombongan PKRM (Parti Keadilan Rakyat Malaysia). Suasana berbeza pusat penempatan banjir khemah sementara Kampung Seri Tanjung menyaksikan penduduk hanya tinggal di dalam khemah dan “canopy”. Khemah penempatan yang tidak diiktiraf kerajaan ini kelihatan agak menyedihkan tanpa sebarang dewan atau bangunan untuk didiami sementara. Bangunan yang kelihatan hanyalah sebuah rumah milik pekerja Indonesia yang bertugas sebagai pekerja ladang di kawasan tersebut. Sebanyak 25 buah keluarga terpaksa berkongsi khemah dan “canopy” di kawasan tersebut setelah melalui dua gelombang banjir sejak 2 bulan yang lalu. Namun kepayahan yang dilalui tidak menghalang penduduk medekatkan diri kepada yang Maha Esa apabila satu “canopy” kelihatan dikhususkan sebagai surau tempat bersembahyang.

Pasukan akhirnya bertolak pulang lebih kurang jam 6.48petang setelah mengagihkan makanan dan barangan keperluan kepada penduduk di pusat penempatan banjir khemah sementara Kampung Seri Tanjung.

Lapuran oleh Zahid Zainuddin – ahli DERU JIM AJ

Laporan DERU JIM AJ - 1

Alhamdulillah, Selasa (16 Januari) baru ni ana berpeluang mengikuti rombongan DERU Gelombang ke 2 meladeni mangsa-mangsa banjir di 3 pusat pemindahan banjir di Kota Tinggi, Johor sekaligus balik kampung untuk melihat keadaan keluarga di sana . Rombongan dari Selangor terdiri dari Dr Hafidzi dan zaujah, 2 akhawat Hulu Langat, 3 akhawat Ampang Jaya mengikuti Chief Rombongan - JIM International : Dato' Mus, Pak Selamat dan 2 orang ikhwah Ipoh.

Ana ingin mengucapkan tahniah kepada ikhwah dan akhawat Johor yang bertungkus-lumus mencari ruang da'wah melalui DERU. Masa kami di tiba di Sekolah Rendah Laksamana, dahpun tengahari. Oleh kerana ramai mangsa banjir yang pulang ke rumah untuk membersihkan rumah, jadinya proses memasak yg juga dilakukan oleh mangsa banjir menjadi lambat. Seorang nenek bangsa China dah tak boleh nak bercakap bila kami bertanya sebab lapar....Jadinya kami tolongla apa yg patut, bagi cepat sikit diorang boleh makan...

Sememangnya sokongan dari aspek emosi kepada mangsa banjir ini amat penting. Menurut cerita mangsa banjir di penempatan Masjid Jame' Kota Tinggi, malam sebelum kami datang berlaku perselisihan di antara orang Kemboja dengan orang Melayu (Di Kota Tinggi ramai orang-orang bangsa Kemboja menjalankan perniagaan menjual kain dan pakaian siap).So, pagi tu, orang Kemboja pack barang dan pulang. (Atau mungkin banjir di rumah mereka dah surut). Walaupun duduk di masjid dan sama-sama terkena musibah, masih lagi boleh bergaduh. Masing2 stress agaknya.

Terima kasih kepada ikhwah dan akhawat DERU kerana sudi beramai-ramai singgah di rumah ana , walaupun ada air kopi je.. maklumlah..rumah pun baru lepas kena banjir, jadinya cawan nak isi air pun baru basuh, tak berpiring... Terima kasih juga pada Pak Selamat dan Dato' Mus kerana sudi menumpangkan kami. Kesian antum kena drive mengantuk2...kami duduk kat belakang tidur (walaupun tak boleh tidur sebenarnya sebab bimbang takut driver pun tidur ). Ana juga dah serahkan sumbangan barang-barang dan duit sebanyak RM2017 dari Ampang Jaya kepada JIM Johor.

Ada banyak gambar yang ana ambil tp tak upload sebab ambil masa yg lama, jadinya ana attach satu je gambar - Paparazzi JIM Johor ...

Noursila~

Sunday, January 28, 2007

Program Aulad di Little Azhar

Petaling Jaya, 28-Jan -- Program Aulad telah diadakan untuk anak-anak ikhwah dan akhawat di Petaling Jaya. Program ini telah dijalankan di Tadika Little Azhar. Kita berharap program seperti ini dapat menghubungkan ukhuwwah diantara anak-anak kita dari kecil lagi.

Saturday, January 27, 2007

Lawatan JIM PJ ke Raudhatus Sakinah

Kubu Gajah, Sg Buloh 27-Jan -- Ahli JIM Petaling Jaya dan Karisma Petaling Jaya telah membuat lawatan ke Pusat Jagaan Raudhatus Sakinah (RS). Program dikelolakan oleh Wanita JIM PJ diketuai oleh Ukhti Fauziah Agos sebagai Pengarah Program.

Rombongan berkumpul di RS jam 9 pagi. Program dimulakan dengan pengenalan oleh Pengarah Program. YDP JIM PJ menyampaikan tazkirah pendek kepada anak-anak di RS diikuti oleh sesi taa'ruf. Rombongan dan anak-anak RS kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk tugasan yang dilaksanakan sehinggalah ke masa makan tengahari.

Kumpulan 1: Berkebun menanam ubi

Kumpulan 2: Membersih dan menanam pokok bunga
Kumpulan 3: Membersihkan tembok pagar
Kumpulan 4: Memasak untuk makan tengahari
Kumpulan 5: Memperbaiki dan membuat ampaian

Semasa lawatan dibuat terdapat juga sesi kaunseling oleh Dr Razali (UITM) dari Klang kepada satu dua pelajar baru di RS. Difahamkan bahawa beliau yang sebelum ini bekerja dan tinggal di Melaka sentiasa berulang-alik ke RS untuk tujuan tersebut.

Pengajaran yang kami dapati untuk mereka yang berhajat untuk melawat RS di masa hadapan adalah adalah untuk bersedia mengenal pasti tugasan yang ingin dilaksana dan bawa peralatan yang sesuai. Antara yang boleh dilaksanakan adalah:
a) Mengecat bangunan & pagar

b) Membaiki atau menambah ampaian yang ada.
c) Berkebun dan membersihkan kawasan
d) Latihan & motivasi
e) Membaiki rumah terutamanya dinding yang menyerap air ketika banjir. Khabarnya disebabkan saliran yang kurang baik tempat ini selalu dinaiki air. Dinding yang ada terutamanya di dapur tidak dapat menahan air dari menyerap masuk.
Rombongan dan anak-anak di RS makan tengahari sebelum bersurai.

Berita kelahiran JIM PJ

Petaling Jaya, 27-Jan -- Pengerusi TPSM Ust Ahmad Fauzi Asmuin dan isteri Ustzh Hanida Abdull Samat yang juga Pengerusi TPSM (Wanita) telah menyambut kelahiran anak lelaki pada jam 6.30 pagi di Hospital Putrajaya.

Sebelah petangnya mendapat berita Ust Osman Rasip (ISMA) dan isteri pula menyambut kelahiran anak perempuan pada jam 4 petang di Hospital Sg Buloh.

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Semoga anak-anak ini membesar sebagai anak-anak yang soleh.

Saturday, January 20, 2007

Wacana: Palestin Menuju Intifadah Ketiga?

Taman Melawati, 20-Jan -- Wacana bertema – ‘Palestin: Menuju Intifadah Ketiga?’ telah diadakan di Kelab Century Paradise, Taman Melawati. Pembentang kertas kerja dan penceramah adalah Dr Hafidzi Mohd Noor dan Ustaz Maszlee Malik.

Dr Hafizi telah membentangkan tentang latar belakang dan sejarah Intifadah. Ustaz Maszlee pula telah membentangkan tentang perkembangan terkini di Palestin.Beliau juga mengupas tentang "HAMAS vs Fatah: Apa yang sebenarnya belaku di Palestin"

Palestine Center of Excellent (PACE) yang dipengerusikan oleh Dr Hafidzi juga telah dilancarkan pada hari yang sama.


Deru Petaling Jaya Di Batu Pahat

Batu Pahat 20 Januari. Jim Daerah Petaling Jaya telah menghantar tiga orang sukarelawannya ke sana bagi membantu mangsa banjir. Mereka terdiri dari Setiausaha, TYDP dan ajk media. Turut serta dalam misi ini ialah ikhwah ISMA Petaling Jaya dan JIM Kuala Lumpur. Kami bertolak seawal jam 7.00 pagi dari Subang Jaya.

Kami singgah di Plaza Tol Alor Gajah kerana sebuah kereta Jim KL mengalami kerosakan dan terpaksa ditunda ke situ. Sebahagian dari barang-barang mereka dimasukkan ke dalam kereta kami. Kami singgah lagi di Plaza Tol Pagoh kerana di situ telah sedia menunggu rombongan sukarelawan dari Muar dan Seremban. Semua sukarelawan berhenti dan berkumpul di Pejabat JIM Batu Pahat di Air Hitam pada jam 9.30 pagi. Kami datang dengan semangat berkobar-kobar untuk membantu membersihkan tempat kediaman atau masjid dan kami telah membawa peralatan yang sesuai untuk berkerja.

Taklimat awal yang kami perolihi ialah air masih belum surut lagi di daerah ini jadi tugas yang diperlukan bukan membersih tetapi memasak dan mengadakan program yang sesuai di penenpatan mereka bukan di kediaman mereka. Ada kawasan yang masih belum surut airnya sejak 19 Dis 06 lagi dan ada yang datang semula ke penempatan sementara kerana air naik semula.

Semua sukarelawan bersama ikhwah JIM Johor dan Batu Pahat bersama-sama membungkus makanan kering dan basah untuk diagihkan kepada lima buah kampung yang tidak pernah dilawati oleh mana-mana egensi kerajaan tetapi pernah dibantu oleh NGO bukan Islam. Ini satu cabaran kepada JIM sendiri. Jum,lah kami semua lebih kurang 50 orang dan setiap kumpulan akan pergi ke sebuah kampung yang terdiri dari seorang tukang masak, ustaz , doktor dan akhawat dan yang lain sebagai pembantu.

Sebelum bertolak rombongan PJ singgah di sebuah gerai di Air Hitam untuk makan tengah hari. Kami berpatah balik ke arah Yong Peng dan berhenti di Kampung Parit Jayos untuk membahagikan ayam kepada setiap kumpulan. Disitu juga ada sebuah pusat pemindahan. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Parit 'Basli' dengan meredah air banjir di kebanyakan jalan dalam hujan lebat.

Kami dijangka tiba pada jam 2.00 petang tetapi terlewat hampir dua jam. Di Sekolah Keb Sri medan ini ada 500 orang mangsa banjir. Banjir yang tidak pernah berlaku seteruk ini sejak 30 tahun yang lalu. Ada setengah kampung di kawasan itu penduduknya terpaksa menggunakan sampan untuk bergerak. Sebaik tiba kami bersama-sama penduduk di situ membasuh ayam ,memotong bawang ,sayur dan lain-lain seterusnya memasak. Resepi kami ialah nasi minyak, masak merah ayam dan acar timun dan nenas ( disini masakan ini dipanggil rojak). Salah satu kelebihan kami ialah isteri akh Aidil dari JIM KL adalah berasal dari kawasan ini dan dia fasih speaking 'ngomong' bahasa Jawa dengan orang di situ.

Salah sebuah kereta kami hampir kehabisan minyak dan mereka terpaksa bergerak dalam kepanasan kerana terpaksa off econ. Dengan bantuan seorang pak cik di situ beliau sudi membantu membeli minyak petrol dengan menonggang motosikal . Kebiasaannya mereka makan malam sebelum maghrib tetapi kerana terlewat memasak makan malam ditunda selepas maghrib. Selepas Ishak JIM Johor Bahru mengadakan ceramah dan tayangan multi media tetrapi kami terpksa meminta diri untuk pulang sebelum program bermula.




Sunday, January 14, 2007

Wanita JIM Negeri Selangor Turun Padang

Kuala Langat, 14 Feb -- Alhamdullilah WJSelangor telah memulakan projek “turun padang” kami dengan membuat lawatan kunjung kasih ke daerah Kuala Langat dan Klang pada hari Ahad, 14 Januari 2007.

Ini merupakan siri lawatan kami ke daerah daerah dan akan berterusan sehingga Februari 2007 dimana kami akan melakukan 2 lawatan dalam sehari - pagi dan petang.

Antara objektif kami ialah untuk :
• melakukan pertemuan dua hala antara Wanita Jim negeri dan Wanita Jim Daerah.
• meningkatkan Taaruf dan Ukhuwah
• mencari, mengenal dan memenafaatkan kekuatan di daerah
• mendalami masaalah dan kelemahan didaerah dan mencari jalan penyelesaian
• meninjau “Big Picture dalam agenda gerak kerja Wanita Jim Daerah

Terima kasih kepada kedua-dua daerah yang sudi menerima kedatangan kami dengan kadar pemakluman yang agak singkat. Ia seolah-olah satu lawatan kekeluargaan, dalam suasana ukhuwah fillah yang mesra dan ceria. Tahniah kepada wanita jim kedua daerah ini. Ada kekuatan masing-masing dibidang masing-masing, ada perancangan, ada kesungguhan, nampak cahaya keikhlasan.

Kekuatan di Kuala Langat ialah Program Nasyrah dan remaja, manakala di Klang program bersama hospital, remaja dan program dakwah masyarakat. Klang juga akan cuba meneroka bidang baru- program untuk warga emas. Insya Allah semuga Allah membantu kita semua dalam usaha dakwah yang murni ini.

Dr. Ruziaton Hasim
KWSelangor 2005-2007

Majlis Nuqaba Daerah JIM Petaling Jaya

Petaling Jaya, 14 Jan -- Majlis Nuqaba Daerah Petaling Jaya yang pertama telah diadakan di pejabat AFAQ Consulting. Majlis yang dihadiri oleh para Naqib dan Naqibah dari Petaling Jaya itu telah dikendalikan oleh Pengerusi JK Tarbiyah JIM PJ, Ustaz Fauzi Asmuin bersama dengan YDP JIM PJ, Sdr Mazmi Kamal.

Antara yang dibincangkan adalah:

1. Menjalankan tarbiyah mengikut manhaj. Membincangkan tentang "Buku Biru" yang telah dilancarkan semasa PPN yang lepas dan pentingnya para Nuqaba membawa usrah mengikut manhaj dan juga modul yang telah disediakan. Sekiranya tidak ianya mungkin membawa kepada para Nuqaba "menzalimi" ahli-ahli usrah kerana tidak dapat ditingkatkan mengikut yang telah disusun, sebaliknya akan terus di tahap yang sama untuk jangka masa yang lama. Juga menjadi tanggungjawab Nuqaba untuk mencadangkan penigkatan anak usrah mengikut jangkamasa yang ditetapkan.

2. Mengemaskini struktur penyusunan usrah yang sedia ada.

3. Memantau dan mencadangkan penglibatan ahli-ahli dan kumpulan-kumpulan usrah dalam kerja dakwah JIM daerah.

4. Membincangkan permasalahan pertindihan program terutamanya oleh ahli-ahli yang terlibat aktif dalam kerja-kerja dakwah di kawasan. Muzakarah menekankan bahawa pertindihan program dan prioriti kadangkala mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi yang pentingnya ada untuk berkomunikasi mengikut saluran usrah melalui naqib dan naqibah masing-masing bagi memastikan aktiviti anda diketahui oleh naqib-naqibah. Budaya berkomunkasi dan merujuk ini adalah satu budaya yang penting dalam menjayakan amal jama'ie.

5. Memberitahu nuqaba tentang hasil perbincangan Muzakarah JIM Selangor terutamanya yang berkaitan dengan TPSM. Antara program yang terdekat adalah Majlis Nuqaba Negeri yang akan diadakan pada 1 Feb 2007 di Kuala Langat dan juga pelancaran "Gerak Gempur Usrah" seperti yang disarankan semasa muzakarah tersebut.

Saturday, January 13, 2007

Muzakarah JIM Negeri Selangor

Shah Alam, 13 Jan -- Muzakarah JIM Negeri Selangor bertema "2007 - Tahun JIM Selangor" telah diadakan di Kompleks Warga Emas, Shah Alam. Muzakarah sehari ini dihadiri oleh lebih 50 orang yang terdiri daripada pimpinan utama JIM negeri dan daerah di Selangor.

Muzakarah dengan program berbentuk bengkel ini telah dikendalikan oleh pasukan daripada Jawatankuasa JIM Pusat yang diketuai oleh Hj Nahar Md Nor (Setiausaha Agung JIM) dan dibantu oleh Hj Syed Ibrahim Syed Noh (Timbalan Presiden, mantan TYDP JIM Selangor) dan Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin (Jawatankuasa Pusat, mantan YDP JIM Selangor). Jawatankuasa Pusat yang turut terlibat dalam muzakarah adalah Hjh Che Asmah Ibrahim, Prof Dr Hj Sahrim Ahmad (Naib Presiden).

Muzakarah kali ini membincangkan tentang "JIM Selangor Yang Bagaimanakah Yang Kita Mahu 6 Bulan Dari Sekarang?". Fokus adalah kepada perlaksanaan yang dirasakan mampu dicapai dalam tempoh enam bulan ini sebelum berakhirnya tempoh sesi jawatankuasa 2005-2007 berdasarkan Perancangan Strategik JIM.

Muzakarah mensasarkan, 6 bulan dari sekarang:
  1. JIM Selangor berbicara isu masyarakat.
    • Terdapat sebilangan pimpinan JIM Selangor (Negeri & Daerah) menulis tentang isu-isu semasa ke media elektronik dan bercetak.
    • Buletin JIM Selangor diadakan.
  2. Pengurusan JIM Selangor lebih baik.
    • Saluran komunikasi. Wujudkan egroup atau mailing list sesama pimpianan negeri dan daerah, dan juga untuk seluruh ahli JIM Selangor.
    • Hubungan yang lebih erat antara AJK negeri dan daerah. Pimpinan negeri untuk turun padang ke daerah-daerah, dan dareah juga menjemput dan berjumpa JK negeri.
    • Kongsi dalam "naqib-net" aktvisme JIM Negeri dan Daerah.
    • Perbaiki integrasi JIM & Wanita JIM
  3. Dakwah di kalangan Generasi Muda meluas dan tersusun.
  4. Perhubungan/Networking yang lebih baik di peringkat Negeri Dan Daerah dengan NGO dan agensi kerajaan.
  5. Perlaksanaan TPSM di kalangan ahli lebih berkesan.
    • Gerak Gempur Usrah JIM Selangor akan dilancarkan. Pimpinan disaran untuk membawa usrah dan memastikan ahli JIM dibangunkan melalui usrah.
Para pimpianan JIM Selangor mengharapkan dengan terlaksananya dalam tempoh 6 bulan ini perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Maka aktivisma dakwah JIM Selangor akan lebih hebat.

Diari JIM Negeri Selangor

Petaling Jaya, 13 Jan -- Diari JIM Negeri Selangor ini diwujudkan sebagai menyahut saranan semasa Muzakarah JIM Negeri Selangor untuk menyediakan saluran komunikasi bagi JIM Negeri Selangor berkongsi berita aktiviti-aktiviti yang telah atau akan dilaksanakan baik di negeri ataupun daerah di negeri Selangor.

Ianya dinamakan Diari JIM Negeri Selangor (http://jimselangor.blogspot.com/)sempena blog asal Diari JIM Petaling Jaya (http://diarijimpj.blogspot.com/). Mulai sekarang hasratnya berita samada daripada daerah Petaling Jaya, daerah-daerah lain dan juga negeri disalurkan melalui Diari JIM Negeri Selangor ini agar wujud perkongsian dan rasa kebersamaan antara negeri dan juga daerah-daerah.

Harapannya lebih ramai penulis dari JIM Selangor akan tampil untuk menjadi penulis kepada Diari JIM Negeri Selangor. Kepada yang berminat hantarkan alamat email anda kepada mazmikamal@gmail.com. Sila naytakan nama, jawatan dalam JIM dan alamat email anda.

Jika perlu mungkin kita akan adakan kursus bagaimana menggunakan blog.