Saturday, January 31, 2009

Kembara Palestin dan Malam Suara Kemanusiaan Palestin 2009











Petaling Jaya, 31-Jan-2009 – Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor telah menganjurkan Kembara Palestin dan Malam Suara Kemanusiaan Palestin 2009 yang diadakan pada 31 Januari 2009 iaitu pada hari Sabtu yang lepas. Kedua-dua program ini adalah antara siri-siri program Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009. Program ini bertujuan memberi kesedaran dan menyampaikan input kepada orang ramai mengenai isu Palestin serta menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak.

Kembara Palestin dan Malam Suara Kemanusiaan ini adalah anjuran Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Palestine Center of Excellence (PACE), dengan kerjasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan disokong oleh Coalition of Malaysian NGOs Against Persecution of Palestinians (COMPLETE)

Kembara Palestin yang berbentuk konvoi melibatkan kira-kira 100 buah kereta telah berlangsung dengan jayanya. Konvoi ini bermula dari Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Gombak, Pusat Bandar Melawati, Gombak kira-kira jam 10 pagi sehingga Dataran Petaling Jaya pada jam 5.30 petang . Edaran risalah dan kutipan dana untuk palestin telah dibuat sepanjang konvoi tersebut di beberapa lokasi terpilih.

ADUN Hulu Klang, YB Saari Sungib telah merasmikan program Kembara Palestin 2009 ini. Turut hadir, Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh, Yang Di-Pertua JIM Selangor, Hj Mazmi Kamal dan Timbalan Ketua Wanita Selangor, Dr Roohaida Othman .

Malam Suara Kemanusiaan yang bertempat di Dataran Petaling Jaya telah diadakan di sebelah malam hari tersebut. Beberapa pidato oleh individu berbilang bangsa dan agama mengenai isu Palestin telah diadakan diselitkan dengan persembahan nasyid Bro Muadz dan beberapa acara persembahan seperti Pentomen dan sebagainya.

http://ahmadnizam.wordpress.com/2009/02/02/kembara-dan-malam-suara-kemanusiaan-palestin-2009/

Wednesday, January 28, 2009

Kempen 1 Juta Risalah: Bahan Promosi & Risalah COMPLETE



Petikan Berita Bernama

JIM Selangor Anjur Karnival Keamanan Bersamamu Palestin
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=386286

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Orang ramai diseru membantu meringankan beban rakyat Palestin di Gaza melalui Karnival Keamanan Bersamamu Palestin yang akan dianjurkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor pada 31 Jan hingga 8 Feb ini.

Karnival itu akan dimulakan dengan aktiviti Kembara Palestin, iaitu acara berkonvoi sebanyak 100 buah kereta, selain kempen jualan amal dan kutipan Tabung Palestin membabitkan beberapa lokasi di sekitar Selangor pada Sabtu ini (31 Jan).

"Pihak kami juga bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Coalition Malaysian NGOs Against Prosecution of Palestinians (COMPLETE) untuk menjayakan Malam Suara Keamanan Palestin pada 31 Jan ini di Dataran Petaling Jaya," kata Yang Dipertua JIM Selangor, Mazmi Kamal pada sidang media di sini hari ini.

"Pemupukan semangat perjuangan membabitkan peringkat seisi keluarga dalam membela rakyat Palestin akan dilakukan melalui Kempen Edaran Sejuta Risalah, selain terdapat gerai jualan amal, kutipan derma, program anak-anak dan remaja yang akan diadakan di Pasar Tani Mega Shah Alam pada 8 Feb ini," katanya.

"Selain itu, terdapat juga program 'Training for Palestine Speakers' (TOPS) dan program 'Disaster Emergency Response' (DERU) sebagai persediaan melatih orang awam yang berminat untuk menjadi sukarelawan berkhidmat ke Gaza," tambahnya.

Segala sumbangan dan dan hasil jualan amal akan disalurkan kepada Federal Islamic Medical Association (FIMA) untuk membantu membiayai bantuan perubatan mangsa perang di Gaza.

"Selain itu, dua sukarelawan ahli JIM daripada cawangan Perak iaitu Ir Megat Sharifudin dan Selamat Aliman telah berlepas semalam dalam misi membantu rakyat Palestin di Gaza.

"Kami menyeru orang ramai daripada semua lapisan masyarakat, kaum dan agama untuk bersama-sama menjayakan program ini sebagai tanda sokongan dan perpaduan terhadap rakyat Palestin dan karnival ini diharap akan dapat sedikit sebanyak memberikan kesedaran tentang penderitaan dan membantu meringankan beban rakyat Palestin di Gaza," ujar Mazmi.

======================
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=386305

Call To Help Palestinians In Gaza

KUALA LUMPUR, Jan 28 (Bernama) -- Selangor Jamaah Islah Malaysia (JIM) president, Mazmi Kamal, today called on the public to join its "Keamanan Bersamamu Palestin" carnival to be held in several locations in Selangor, from Saturday till Feb 8.

He said the carnival will begin on Saturday with a convoy of 100 vehicles and will be followed by charity sales and fund raising activities for Palestinians in Gaza.

"We will also collaborate with several non-governmental organisations (NGOs) under the Coalition Malaysian NGOs Against Prosecution of Palestinians (COMPLETE) to make the 'Suara Keamanan Palestin' Night on Jan 31 at the Dataran Petaling Jaya a success," he told a press conference, here, today.

Proceeds from the charity sales will go to Federal Islamic Medical Association (FIMA) for the war victims in Gaza.

Mazmi said other programmes lined up for the carnival were the Training for Palestine Speakers (TOPS) programme and Disaster Emergency Response (DER) training for the public who wish to do voluntary work in Gaza.

More information can be obtained by surfing the website www.freedom4palestine.jim.org.my or by calling JIM's headquarters at 03-41089669.

-- BERNAMA



"Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang karnival ini bolehlah melayari laman web www.freedom4palestine.jim.org.my atau menghubungi ibu pejabat JIM Selangor di talian 03-41089669," katanya.

-- BERNAMA

Sidang Media Karnival Keamanan Bersamamu Palestin




Gombak 28-Januari-2009 – Satu sidang media telah diadakan oleh Penganjur Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009 iaitu dari Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor 11 pagi tadi hari ini di Kompleks JIM, Pusat Bandar Taman Melawati, Gombak.

Tujuan sidang media ini diadakan adalah untuk memberi hebahan melalui media berkenaan program Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009 anjuran JIM Selangor yang akan diadakan pada 31 Januari 2009. Antara objektif karnival ini ialah bagi mewujudkan kesedaran dan membentuk pemahaman serta persepsi sebenar mengenai isu Palestin dan menjalinkan jaringan kerjasama bagi melibatkan pelbagai pihak dalam memasyarakatkan kerja-kerja kebajikan di peringkat antarabangsa serta mengumpulkan dana bagi tabung palestin.
Pihak JIM Selangor yang hadir ke sidang media ini ialah Yang Dipertua, Hj Mazmi Kamal, Pengarah Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009, En Zun Arif Hakim bin Abdul Rahman, AJK Penerangan, Sdr. Ahmad Nizam Samsudin dan Pemangku Ketua Wanita, Dr Roohaida Othman. Antara pihak Media yang hadir ialah Sinar Harian, New Strait Times, Bernama TV, Bernama Wireless, dan JIMedia. Sidang dimulakan oleh En. Zun Arif selaku pengarah program dengan menceritakan latar belakang program dan diteruskan oleh ahli sidang yang lain disertakan dengan beberapa soal jawab. Antara lain ialah penekanan terhadap tindakan boikot ke atas barangan Israel. Sidang media tamat kira-kira jam 12.30 tengahari.

--
Ahmad Nizam Samsudin

Sunday, January 11, 2009

Muzakarah JIM Selangor 2009

Serdang 11 Jan 2009 - Pimpinan JIM dari 10 daerah (termasuk JK Penaja JIM Sabak Bernam) telah menghadiri Muzakarah JIM Negeri Selangor di Fakulti Engineering, UPM. Majlis turut di hadiri oleh Setiausaha Agung JIM Hj Nahar Md Nor.

Objektif Muzakarah kali ini adalah untuk semua daerah berkongsi tentang perancangan pengoperasian RJIM2 masing-masing untuk tahun 2009 ini. Juga di adakan sesi bengkel penyelarasan proram antara negeri dan daerah.

Friday, January 09, 2009

Demo Palestin depan Kedutaan Amerika


Kuala Lumpur, 9 Jan 2009 - Beribu-ribu orang telah bedemo selepas solat Jumaat untuk menentang dan mengecap keganasan Israel ke atas rakyat Palestin. JIM telah diketuai oleh Tn Hj Zairul. Demo ini adalah anjuran gabungan NGO iaitu COMPLETE atau “Coalition of Malaysian NGOs Against Persecution of Palestinians.”

Saturday, January 03, 2009

Jamuan Kesyukuran PPN 2006/2008

Taman Melawati, 3 Jan 2009 - Majlis Jamuan Kesyukuran untuk merai dan menghargai sumbangan AJK dan petugas-petugas PPN 2008 (dan 2006). Juga bagi mendengar komen dan post mortem telah banyak diberikan melalui e-group JIM.

Majlis yang bermula jam 10.00 pagi itu bertempat di Bilik Gerakan/Pejabat Ahli Parlimen Gombak (Depan Ibu Pejabat JIM). Agenda (lebih kurang) pada majlis tersebut:

  1. Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis (5 minit) - Hj Syed Saleh
  2. Pembentangan analisa kertas soal selidik PPN/PPWN 2008 - Ibu Pejabat (15 minit)
  3. Pembentangan komen-komen penting dalam e-group PPN 2008 tentang PPN 2008 - Sekretariat PPN 2008
  4. Pembentangan Penyata Kewangan PPN/PPWN 2008 - Ibu Pejabat (10 minit)
  5. Pembentangan slide show tentang PPN/PPWN 2008 - JIMedia, kompilasi gambar-gambar sepanjang PPN/PPWN 2008 (15 minit)
  6. Perbincangan Terbuka (20 minit)
  7. Ucapan YDP JIM Selangor (5 minit)
  8. Ucapan YDP JIM KL (5 minit)
  9. Ucapan SUK (5 minit)
  10. Ucapan wakil KW (5 minit)
  11. Ucapan SUA (5 minit)
  12. Ucapan Presiden(10 minit)
  13. Jamuan