Saturday, January 20, 2007

Deru Petaling Jaya Di Batu Pahat

Batu Pahat 20 Januari. Jim Daerah Petaling Jaya telah menghantar tiga orang sukarelawannya ke sana bagi membantu mangsa banjir. Mereka terdiri dari Setiausaha, TYDP dan ajk media. Turut serta dalam misi ini ialah ikhwah ISMA Petaling Jaya dan JIM Kuala Lumpur. Kami bertolak seawal jam 7.00 pagi dari Subang Jaya.

Kami singgah di Plaza Tol Alor Gajah kerana sebuah kereta Jim KL mengalami kerosakan dan terpaksa ditunda ke situ. Sebahagian dari barang-barang mereka dimasukkan ke dalam kereta kami. Kami singgah lagi di Plaza Tol Pagoh kerana di situ telah sedia menunggu rombongan sukarelawan dari Muar dan Seremban. Semua sukarelawan berhenti dan berkumpul di Pejabat JIM Batu Pahat di Air Hitam pada jam 9.30 pagi. Kami datang dengan semangat berkobar-kobar untuk membantu membersihkan tempat kediaman atau masjid dan kami telah membawa peralatan yang sesuai untuk berkerja.

Taklimat awal yang kami perolihi ialah air masih belum surut lagi di daerah ini jadi tugas yang diperlukan bukan membersih tetapi memasak dan mengadakan program yang sesuai di penenpatan mereka bukan di kediaman mereka. Ada kawasan yang masih belum surut airnya sejak 19 Dis 06 lagi dan ada yang datang semula ke penempatan sementara kerana air naik semula.

Semua sukarelawan bersama ikhwah JIM Johor dan Batu Pahat bersama-sama membungkus makanan kering dan basah untuk diagihkan kepada lima buah kampung yang tidak pernah dilawati oleh mana-mana egensi kerajaan tetapi pernah dibantu oleh NGO bukan Islam. Ini satu cabaran kepada JIM sendiri. Jum,lah kami semua lebih kurang 50 orang dan setiap kumpulan akan pergi ke sebuah kampung yang terdiri dari seorang tukang masak, ustaz , doktor dan akhawat dan yang lain sebagai pembantu.

Sebelum bertolak rombongan PJ singgah di sebuah gerai di Air Hitam untuk makan tengah hari. Kami berpatah balik ke arah Yong Peng dan berhenti di Kampung Parit Jayos untuk membahagikan ayam kepada setiap kumpulan. Disitu juga ada sebuah pusat pemindahan. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Parit 'Basli' dengan meredah air banjir di kebanyakan jalan dalam hujan lebat.

Kami dijangka tiba pada jam 2.00 petang tetapi terlewat hampir dua jam. Di Sekolah Keb Sri medan ini ada 500 orang mangsa banjir. Banjir yang tidak pernah berlaku seteruk ini sejak 30 tahun yang lalu. Ada setengah kampung di kawasan itu penduduknya terpaksa menggunakan sampan untuk bergerak. Sebaik tiba kami bersama-sama penduduk di situ membasuh ayam ,memotong bawang ,sayur dan lain-lain seterusnya memasak. Resepi kami ialah nasi minyak, masak merah ayam dan acar timun dan nenas ( disini masakan ini dipanggil rojak). Salah satu kelebihan kami ialah isteri akh Aidil dari JIM KL adalah berasal dari kawasan ini dan dia fasih speaking 'ngomong' bahasa Jawa dengan orang di situ.

Salah sebuah kereta kami hampir kehabisan minyak dan mereka terpaksa bergerak dalam kepanasan kerana terpaksa off econ. Dengan bantuan seorang pak cik di situ beliau sudi membantu membeli minyak petrol dengan menonggang motosikal . Kebiasaannya mereka makan malam sebelum maghrib tetapi kerana terlewat memasak makan malam ditunda selepas maghrib. Selepas Ishak JIM Johor Bahru mengadakan ceramah dan tayangan multi media tetrapi kami terpksa meminta diri untuk pulang sebelum program bermula.




0 Comments:

Post a Comment

<< Home