Sunday, October 28, 2007

Muzakarah Nasional JIM


Bangi, 28-Okt -- Muzakarah Nasional JIM telah diadakan di NIOSH Bangi. Program selama 2 hari ini dihadiri oleh seramai sekitar 200 orang pemimpin dan aktivis dari seluruh negara. Muzakarah ini adalah dalam rangka menggariskan gerakkerja dan perancangan JIM disemua peringkat.

-mazmi-

Sunday, October 07, 2007

Iftar MACMA dan Perasmian Cawangan Selangor




Kajang, 7-Okt -- JIM Selangor telah bersama menghadiri Iftar MACMA dan Perasmian Cawangan MACMA Selangor di Taman Sekamat, Kajang, Selangor.

JIM telah diwakili oleh Hj Mazmi Kamal, YDP JIM Selangor dan Sdr Aizuddin Nuruddin, Pengerusi JK Dakwah Selangor. Aktivis dakwah JIM yang turut hadir adalah Sdr Nash dari Sepang dan Sdr Ridzuan dari Cheras. Majlis telah dihadiri oleh wakil pelbagai organisasi dakwah.

Cawangan MACMA Selangor telah dirasmikan oleh Datuk Dr Hj Mustapha Ma. Selesai bermuka hadirin telah ke surau berdekatan untuk solat Maghrib yang diikuti dengan makan malam.

Saturday, October 06, 2007

Muzakarah RJ2 Selangor





Serdang, 6-Oct -- Muzakarah RJ2 JIM Negeri Selangor telah dihadiri oleh lebihkurang 150 orang pimpinan Negeri dan Daerah di negeri Selangor. Muzakarah sehari itu dimulakan dengan pembentangan oleh AJK Negeri berkenaan proses perubahan dari konteks seerah dan sejarah moden. Juga dibentangkan pencapaian RJ1 di Selangor dan juga bahan-bahan awal RJ2-4 dari JIM Pusat yang telah dibentangkan semasa PERKASA RJ2 2007 yang lalu.

Sesi bergambar untuk AJK Negeri dan daerah-daerah juga di adakan. Selepas solat zohor telah diadakan bengkel yang telah dibahagikan kepada 9 kumpulan untuk membincangkan beberapa bahagian sebagai maklumbalas dan cadangan untuk pembentukan RJ2. Setiap kumpulan kemudiannya membentangkan hasil bengkel.

Wakil JK Pusat terdiri dari Timbalan Presesiden (Tn Hj Syed Ibrahim Syed Noh) , Naib Presiden (Prof Dr Hj Sahrim Ahmad) dan SUA (Hj Nahar Md. Nor) juga turut hadir untuk mengikuti pembentangan.

Majlis diakhiri pada jam 6.00 petang. Para hadirin dibekalkan dengan air dan kurma kalau-kalau ada yang dari jauh perlu berbuka dalam perjalanan.

Gambar-gambar JIM Negeri Selangor & Daerah-daerah

JIM Negeri Selangor 2007-2009

Gambar-gambar di bawah diambil semasa Muzakarah RJ2 Negeri Selangor di Fakulti Kejuruteraan UPM 6 Oktober 2007


AJK JIM Negeri Selangor
AJK JIM Daerah Sepang
AJK JIM Daerah Kuala Langat
AJK JIM Daerah Klang
AJK JIM Daerah Hulu Langat
AJK JIM Daerah Hulu Selangor
AJK JIM Daerah Gombak
AJK JIM Daerah Petaling Jaya
AJK JIM Daerah Petaling (Shah Alam)
AJK JIM Daerah Ampang Jaya