Sunday, January 14, 2007

Majlis Nuqaba Daerah JIM Petaling Jaya

Petaling Jaya, 14 Jan -- Majlis Nuqaba Daerah Petaling Jaya yang pertama telah diadakan di pejabat AFAQ Consulting. Majlis yang dihadiri oleh para Naqib dan Naqibah dari Petaling Jaya itu telah dikendalikan oleh Pengerusi JK Tarbiyah JIM PJ, Ustaz Fauzi Asmuin bersama dengan YDP JIM PJ, Sdr Mazmi Kamal.

Antara yang dibincangkan adalah:

1. Menjalankan tarbiyah mengikut manhaj. Membincangkan tentang "Buku Biru" yang telah dilancarkan semasa PPN yang lepas dan pentingnya para Nuqaba membawa usrah mengikut manhaj dan juga modul yang telah disediakan. Sekiranya tidak ianya mungkin membawa kepada para Nuqaba "menzalimi" ahli-ahli usrah kerana tidak dapat ditingkatkan mengikut yang telah disusun, sebaliknya akan terus di tahap yang sama untuk jangka masa yang lama. Juga menjadi tanggungjawab Nuqaba untuk mencadangkan penigkatan anak usrah mengikut jangkamasa yang ditetapkan.

2. Mengemaskini struktur penyusunan usrah yang sedia ada.

3. Memantau dan mencadangkan penglibatan ahli-ahli dan kumpulan-kumpulan usrah dalam kerja dakwah JIM daerah.

4. Membincangkan permasalahan pertindihan program terutamanya oleh ahli-ahli yang terlibat aktif dalam kerja-kerja dakwah di kawasan. Muzakarah menekankan bahawa pertindihan program dan prioriti kadangkala mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi yang pentingnya ada untuk berkomunikasi mengikut saluran usrah melalui naqib dan naqibah masing-masing bagi memastikan aktiviti anda diketahui oleh naqib-naqibah. Budaya berkomunkasi dan merujuk ini adalah satu budaya yang penting dalam menjayakan amal jama'ie.

5. Memberitahu nuqaba tentang hasil perbincangan Muzakarah JIM Selangor terutamanya yang berkaitan dengan TPSM. Antara program yang terdekat adalah Majlis Nuqaba Negeri yang akan diadakan pada 1 Feb 2007 di Kuala Langat dan juga pelancaran "Gerak Gempur Usrah" seperti yang disarankan semasa muzakarah tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home