Saturday, January 13, 2007

Muzakarah JIM Negeri Selangor

Shah Alam, 13 Jan -- Muzakarah JIM Negeri Selangor bertema "2007 - Tahun JIM Selangor" telah diadakan di Kompleks Warga Emas, Shah Alam. Muzakarah sehari ini dihadiri oleh lebih 50 orang yang terdiri daripada pimpinan utama JIM negeri dan daerah di Selangor.

Muzakarah dengan program berbentuk bengkel ini telah dikendalikan oleh pasukan daripada Jawatankuasa JIM Pusat yang diketuai oleh Hj Nahar Md Nor (Setiausaha Agung JIM) dan dibantu oleh Hj Syed Ibrahim Syed Noh (Timbalan Presiden, mantan TYDP JIM Selangor) dan Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin (Jawatankuasa Pusat, mantan YDP JIM Selangor). Jawatankuasa Pusat yang turut terlibat dalam muzakarah adalah Hjh Che Asmah Ibrahim, Prof Dr Hj Sahrim Ahmad (Naib Presiden).

Muzakarah kali ini membincangkan tentang "JIM Selangor Yang Bagaimanakah Yang Kita Mahu 6 Bulan Dari Sekarang?". Fokus adalah kepada perlaksanaan yang dirasakan mampu dicapai dalam tempoh enam bulan ini sebelum berakhirnya tempoh sesi jawatankuasa 2005-2007 berdasarkan Perancangan Strategik JIM.

Muzakarah mensasarkan, 6 bulan dari sekarang:
  1. JIM Selangor berbicara isu masyarakat.
    • Terdapat sebilangan pimpinan JIM Selangor (Negeri & Daerah) menulis tentang isu-isu semasa ke media elektronik dan bercetak.
    • Buletin JIM Selangor diadakan.
  2. Pengurusan JIM Selangor lebih baik.
    • Saluran komunikasi. Wujudkan egroup atau mailing list sesama pimpianan negeri dan daerah, dan juga untuk seluruh ahli JIM Selangor.
    • Hubungan yang lebih erat antara AJK negeri dan daerah. Pimpinan negeri untuk turun padang ke daerah-daerah, dan dareah juga menjemput dan berjumpa JK negeri.
    • Kongsi dalam "naqib-net" aktvisme JIM Negeri dan Daerah.
    • Perbaiki integrasi JIM & Wanita JIM
  3. Dakwah di kalangan Generasi Muda meluas dan tersusun.
  4. Perhubungan/Networking yang lebih baik di peringkat Negeri Dan Daerah dengan NGO dan agensi kerajaan.
  5. Perlaksanaan TPSM di kalangan ahli lebih berkesan.
    • Gerak Gempur Usrah JIM Selangor akan dilancarkan. Pimpinan disaran untuk membawa usrah dan memastikan ahli JIM dibangunkan melalui usrah.
Para pimpianan JIM Selangor mengharapkan dengan terlaksananya dalam tempoh 6 bulan ini perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Maka aktivisma dakwah JIM Selangor akan lebih hebat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home