Sunday, February 18, 2007

Program Permata Harapan Ku oleh KRJ PJ






Taman Medan, P.Jaya 18 Feb- Kelab Remaja JIM (KRJ) Petaling Jaya telah mengadakan Program Permata Harapan Ku (Siri 1) anjuran bersama anak-anak yatim Hjh Kamariah Tmn Medan. Fasi yang terlibat cikgu azmi, acik wan, salasiah, salbiah, rozialin dan 3 orang Karisma dari UIA PJ. Turut hadir pada pagi itu Ust Malik selaku wakil media jim-pj sambil menghantar 3 org adik karisma uia-pj.
Sehari sebelum program telah diadakan FDP (Facilitators Dev. Program) /mentor mentee kepada fasi2 yang akan terlibat. FDP berlangsung 1/2 hari bermula jam 9 pagi bertempat di SMK Taman Medan P.Jaya.
Beberapa minggu sebelum program kami sms kepada kawan2, sahabat2, ikhwah2 dan akhawat2 mohon derma sekampit beras utk kami sumbang semasa program. Alhamdulillah ramai yang menderma kutipan yang kami dapat 13 kampit beras, wang tunai sebanyak RM860, sedikit biskut dan minyak masak.
Program Permata Harapan Ku bermula dari jam 9am dan tamat jam 3 ptg. Kehadiran anak yatim sekitar 30 orang sahaja di sebabkan tarikh program bersamaan dgn tahun baru cina jadi ramai dikalangan mereka yang balik kampung.
Kata hajjah penggerak di situ kebanyakan ibu-ibu tunggal yang sudah agak berumur jadi tak mampu untuk buat aktiviti selain mengaji Qur'an dan sedikit tusyen BI. Kami simpati dengan mereka sebab tak byk tenaga muda yang membantu. Di akhir program Hjh Kamariah mintak kami datang sebulan sekali buat program seumpama itu. Disebabkan kekangan masa kami hanya mampu janji utk datang 2 bulan sekali buat masa ini.
Dari segi jangka panjang motivasi anak yatim ini kami cadang untuk jadikan program berkala, lagi pun ramai belia wjim juga yang tinggal sekitar PJ seperti Salasiah, Salbiah, Hazlin, Rozialin dan Haslinda. Juga x-KRJ yang sekarang belajar di IPT spt Hamizah, Saidatul, Nurhairani, Suqma, Diyana dan Nurul Izzati yang juga berasal dari Taman Medan.
Kami akan cuba membimbing belia wjim dalam usaha menggerakkan program ini secara berterusan dan jadikan program ini sebagai projek mereka untuk tahun 2007. (juga utk makluman naqibah belia wjim)
Kami sedang merangcang program berkala anak yatim ini dgn sistem follow up yang tersusun. Semoga remaja tersebut kita dapat bangunkan, bimbing mereka secara berterusan dan akhirnya mampu membentuk takungan remaja pewaris yang soleh wa musleh.
~CAM~

Labels:

Saturday, February 17, 2007

Muzakarah Nasional JIM


Gombak, 17 Feb -- Muzakarah Nasional JIM telah berlangsung di UIA Gombak. Hadirin terdiri daripada pimpinan JIM Pusat, sementara dari Negeri dan Daerah telah diwakili terutamanya oleh YDP, Setiausaha, Ketua Wanita dan Setiausaha Wanita masing-masing.

Presiden JIM dalam ucapan pembukaannya, mengingatkan bahawa ini adalah tahun yang terakhir RSJ 1 atau Rancangan Strategik JIM yang Pertama. Rancangan Strategik akan dikemaskini setiap empat tahun.

Jawatankuasa Pusat telah membentangkan status pencapaian dan perancangan unjuran akan datang untuk sama-sama dibincangkan.

Harapan Muzakarah ini agar para pimpinan pulang dengan tekad dan iltizam yang tinggi bagi menjayakan RJ1!

Sunday, February 04, 2007

Futsal Remaja dan Belia JIM PJ

Petaling Jaya, 4-Feb -- Perlawanan persahabatan Futsal Remaja dan Belia JIM Petaling Jaya telah diadakan di Sports Plaza Petaling Jaya. Pertandingan telah disertai oleh 4 pasukan termasuk satu pasukan senior JIM PJ.

Penganjur Program Sdr Nizam dan Cikgu Azmi menyatakan bahawa mereka bercadang untuk mengadakan program belia dan remaja sebulan sekali. Tidak hanya kepada sukan futsal tetapi juga sukan-sukan dan aktiviti lain seperti boling dll.





Apa kata Pengarah Perlawanan:

Salam,

Alhamdulillah seramai 26 orang telah menyertai perlawanan Futsal Belia JIM PJ pada 4 Februari 2007 iaitu hari ahad yang lepas. Futsal yang diadakan di Sports Plaza ini adalah program yang julung-julung kalinya yang dianjurkan oleh Belia JIM PJ !!

Suasana riuh dan perasaan gembira para pemain dari mula perlawanan lagi telah membangkitkan semangat kami untuk bermain. Kami tidak lupa semangat ini adalah semata-mata bagi mengikat tali silaturrahim antara kami. Empat pasukan dipertandingkan iaitu pasukan JIM PJ, Muslimeen United, Pantai Dalam FC dan GOL FC. Selama dua jam kami bermain dan setiap pasukan berlawan 3 kali. Walaupun hanya 26 orang peserta, namun kami merasakan kemeriahan suasana dengan riuh gelak ketawa!

Ada cadangan agar selepas ini diadakan setiap bulan sekali dengan permainan lain, bowling dan badminton dengan jumlah peserta yang lebih ramai!

Dilaporkan oleh,

Nizam
Pengarah Perlawanan

Thursday, February 01, 2007

Pelancaran Gerak Gempur Usrah dan Majis Nuqaba JIM Negeri Selangor

Banting, 1-Feb -- Pelancaran Gerak Gempur Usrah dan Majis Nuqaba JIM Negeri Selangor telah berlansung di Kolej Komuniti Banting. Seramai lebihkurang 140 orang AJK dan nuqaba dari 9 daerah di Selangor telah menghadirinya. Turut bersama dimajlis tersebut adalah Setiausaha Agung JIM Pusat dan Pengerusi serta jawatankuasa TPSM Pusat. YDP JIM Selangor selepas ucapan beliau telah melancarkan Gerak Gempur Usrah JIM Selangor. Ianya bertujuan untuk memastikan bahawa setiap ahli JIM ada unit usrah masing-masing.


Proram sebelah paginya dimulakan dengan pembentangan dan penyampaian daripada Hj Raji dan Ust Asmadi menerangkan tentang kepentingan usrah dan perlasanaan buku biru TPSM. Hj Raji dalam penyampaiannya tentang peranan usrah adalah untuk:
  1. Memantapkan aqidah, ibadah, fikrah dan akhlak individu.
  2. Membina ikatan & hubungan ukhuwwah.
  3. Sebagai saluran pengambilan dan pengumpulan ahli baru.
  4. Melaksanakan misi dan kerja-kerja dakwah selaras dengan Perancangan Strategik JIM (satu usrah, satu medan)
Ust Asmadi membentangkan modul 1-4 buku biru. Beliau juga berkongsi pengalaman sebagai pimpinan di Hulu Selangor, salah satu faktor kejayaannya adalah setiap pemimpin perlu ada core group nya yang tersendiri untuk membincangkan strategi bersama dan taat mengikut arahan bila-bila masa yang diperlukan.

Selepas makan tengahari dan solat zohor ahli telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama terdiri daripada YDP, Ketua Wanita, Setausaha dan Setiausaha Wanita telah berkumpul untuk bersama YDP JIM Selangor untuk membincangkan pengoperasian dan penyelarasan kerja JIM Negeri Selangor. SU Agung semasa sessi tersebut telah menekankan tentang kepentingan komunikasi yang mantap terutamanya diperingkat kepimpianan JIM. Banyak permasalahan dan kelemahan yang timbul adalah disebabkan kurang atau tersilap tafsir dalam komunikasi.

Kumpulan yang kedua telah bersama TYDP JIM Selangor merangkap Pengerusi TPSM JIM Selangor. Mereka meneruskan perkongsian dan perbincangan tentang TPSM.

Majlis diakhiri lebihkurang jam 5.15 petang.