Friday, November 09, 2007

Mesyuarat Permaufakatan NGO Islam - MAIS

Shah Alam, 7 Nov 2007 -- JIM Selangor telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Permaufakatan NGO Islam - MAIS. YDP, TYDP dan PSU JIM Negeri telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Zaki bin Arshad, KPP Bahagian Pengurusan Dakwah. Turut hadir yang saya ingat adalah Ustaz Zulkifli Abdul Hamid & En Malek dari Lembaga Zakat Selangor, PERKIM Selangor, ABIM Selangor, Unit Muballighat, JIM, PPIM, MACMA, dan beberapa orang lagi dari MAIS.

Menurut Us Zaki ini adalah mesyuarat yang pertama untuk Permaufakatan NGO Islam. 10 NGO induk telah dipanggil. Tujuannya adalah untuk menyediakan bajet untuk dakwah NGO di Selangor dan agar dapat dikoordinasi dengan lebih baik lagi terutamanya tentang pemintaan bantuan kewangan. Menurut Ustaz Zul, sebelum ini terdapat beberapa NGO yang cawangan atau daerah yang mohon terus dan mendapatnya. Sebahagiannya dapat banyak mungkin sebab ada hubungan baik dgn org tertentu dan sebahagian dapat sedikit. Ada yang cawangan atau daerah mohon, NGO peringkat negeri pun mohon. Jadi:

1. Mereka ingin pemohonan, pengagihan dan koordinasi dilakukan sendiri oleh pihak NGO negeri ke daerah atau cawangan.
2. Agar, bajet yang jelas telah diberikan. Draw down mengikut bajet masing-masing dan setelah laporan program termasuk kewangan disediakan.

-mazmi-

Sunday, November 04, 2007

Majlis Hari Raya JIM Hulu Selangor



Serendah, 4-Nov -- Majlis Hari Raya JIM Hulu Selangor telah di adakan di Dewan Serbaguna, Serendah. Majlis telah dihadiri oleh ahli-ahli JIM dan pimpinan masyarakat disekitar Hulu Selangor. Para pelajar Darul Quran juga telah turut hadir dan nasyid telah disampaikan oleh kumpulan nasyid kanak-kanak dari sekolah berdekatan.

-mazmi-