Wednesday, July 04, 2007

Diari JIM PJ dan Selangor

Petaling Jaya, 5-Jul -- AJK JIM Petaling Jaya dalam mesyuarat yang lepas telah memutuskan untuk memulakan kembali penggunaan Diari JIM PJ dan juga Diari JIM Selangor untuk tujuan berita dan makluman kepada ahli.
Terima kasih.
YDP JIM Petaling Jaya

MAJLIS RAMAH MESRA JIM PJ

DIARI JIM PETALING JAYA


MAJLIS RAMAH MESRA JIM PJ

Bangsar, 30-Jun -- JIM PJ telah mengadakan MAJLIS RAMAH MESRA di antara pimpinan JIM PJ/WPJ dan Ahli Baru JIM PJ serta bakal Ahli JIM PJ. Program bermula jam 9.30 pagi di Bilik Seminar Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. Ini juga mengambil sempena kelulusan 28 ahli baru JIM PJ sejak awal 2007.

Program dimulakan dengan perkongsian dan penerangan tentang JIM oleh Timbalan Presiden JIM, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh yang juga ahli dan pengasas JIM PJ.

Slot seterusnya adalah perkongsian dan penerangan tentang JIM PJ oleh YDP JIM PJ, Hj Mazmi Kamal. Beliau menyarankan ahli-ahli terlibat aktif dan memilih sekurang-kurangnya satu bidang aktivisma yang mana ahli dapat memberi sumbangan tenaga, idea dan lain-lain. Antaranya adalah IPT, KRJ dan Belia, Media, Kebajikan, Kekeluargaan, Dakwah Masyarakat Majmuk, Hidayah Center, Raudatus Sakinah dan juga Ekonomi.

Perkongsian bersama ahli akan diteruskan secara bulanan melalui program MBA (Majlis Bersama Ahli) yang akan diadakan pada setiap Ahad pertama setiap bulan. Program ini adalah program yang berbentuk program ilmu, perkongsian dan perbincangan aktivisma antara ahli-ahli JIM PJ.

Selepas minum pagi majlis diteruskan dengan solot "ice-breaking" bagi memberi peluang para peserta untuk saling mengenali.

Program diakhiri dengan makan tengahari dan solat zohor.