Sunday, September 30, 2007

Iftar JIM Sepang



Serdang, 30 Sep -- Iftar JIM Sepang bersama ahli dan masyarakat.

-mazmi-

Monday, September 24, 2007

Lawatan ramah mesra ke Hospital Ampang






Ampang, 24-Sep -- Seperti tahun2 yang lepas,JIMAJ yang diwakili tidak kurang daripada 60 ikhwah dan akhawat pada pagi ini telah turun ke Hospital Ampang untuk berjumpa dengan rakan2 pesakit tidak mengira usia dan bangsa bagi beramah mesra dengan mereka. Bukan itu sahaja, pertemuan yang mulia itu telah mencetuskan rasa persahabatan yang sejati serta menimbulkan bibit2 rasa kasihan kepada manusia yang ditimpa musibah.Anak2 juga sempat dibawa untuk dilatih dan ditanam sifat2 yang mulia ini.Syarikat System Consultancy Services Sdn Bhd dan Al Miswak(Ubat Gigi Mukmin) juga turut menyumbang serta menhantar wakil bersama kami.Antara kata2 yang terluah dari mulut pesakit...."Ini kumpulan mana ni? Saya rasa ini satu usaha yang amat mulia yang patut dibuat oleh masyarakat kita. Boleh saya dapatkan nombor telefon saudara?"\"kamu orang baik2 ..terimakasih doakan suami saya cepat sembuh"kata seorang isteri berbangsa Cina yang duduk di sebelah suaminya yang terlantar di atas katil.Jangan lupa kita akan turun lagi pada hari Rabu ini ke HUKM dan ujung minggu ini ke HKL.Jom join....

.....
Aktiviti2 yang dijalankan:
1)mencari sumber kewangan daripada ahli2 atau syarikat2 yang ingin menyumbang dari segi kewangan atau tenaga.
2)menjalankan ceramah/briefing bagaimana menangani/bertemu pesakit2 dan apakah perkara2 yang sensitif yang tidak patut dibincang semasa lawatan
3)pengenalan kepada pengarah/staff tentang JIM
4)membahagi2 ahli kpd beberapa kumpulan untuk lawatan dan bertemu pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya bersabar dgn ketentuan Allah, mendoakan kesihatan mereka dan memberi sedikit cenderahati.
5)Anak2 digalakkan hadir kerana ini dapat melatih mereka supaya sedar dan syukur tentang keadaan mereka yang sihat serta sentiasa prihatin kpd masyarakat.

Generally HUKM dan HKL kita selalunya bertemu di kompleks jam 830 dan pergi membawa cenderahati. Ana rasa antum yang ingin turut serta boleh pi ke sana dan call ana say jam 9.00pagi pada Rabu dan Sabtu ini.
Tel : 012-3132134

-syed abah-

Saturday, September 22, 2007

IFTAR JAMA’IE JIM & ISMA PJ






Petaling Jaya, 22-Sep -- Iftar Jama’ie JIM & ISMA PJ telah diadakan di Balai Islam Kg Tunku, SS1,

Petaling Jaya. Majlis turut juga dihadiri oleh Us Roslan Mohammad dan Timbalan Presiden JIM Tuan Syed Ibrahim. Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Asmuin. Solat Tarawih pula diimamkan oleh us Lokman dari Terengganu dan Us Halim, Imam Masjid Bangsar.

Saturday, September 15, 2007

MAJLIS PERWAKILAN JIM NEGERI SELANGOR 2007



Setiawangsa, 16-Sep -- Pada petang tadi (16hb September) sekitar jam 2, bertempat di dewan seminar Masjid Muʼaz bin Jabal, Taman Setiawangsa Kuala Lumpur, selesailah Mesyuarat Perwakilan Negeri Selangor. Majlis yang telah bermula dengan pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi ini telah dirasmikan oleh SUA Akh Nahar. Turut hadir dari Pusat adalah TP Syed Ibrahim serta akh Ahmad Raji Yaakob. Mengikut catatan, MPN pada kali ini telah dihadiri oleh seramai 101 orang perwakilan serta 12 orang pemerhati. Ianya merupakan rekod kehadiran tertinggi pernah dicatatkan oleh MPN Selangor.

Berikut disenaraikan barisan AJK baru pimpinan JIM Selangor:

YDP: Mazmi Kamal

TYDP: Mohd Yaakob Idris

SU: Ridzuan Harun

Bendahari: Mohd Kamal Mohd Rathi

PSU: Zainal Aman Shaari

KW (yang telah dilantik dalam MPWN pada 15hb): Ruziaton Hasim

8 orang Ahli-ahli JK:

Razali Hassan
Mohd Zainudin Mohd Esin
Ahmad Fauwaz Mohamad
Aizuddin Nuruddin
Syed Saleh Abd Rahman
Hasnol Basri Hassan
Ahmad Zainuddin Abdullah
Mohd Ali Hassan

Apa yang ketara, sebahagian besar dari senarai pimpinan baru terdiri dari mereka yang sedang menjawat jawatan diperingkat daerah termasuk YDP serta TYDP. Sama-sama kita doakan supaya barisan yang baru dilantik ini akan mampu membawa usaha dakwah dan islah di Selangor ke satu tahap yang lebih tinggi bagi menjayakan RJ2 dan yang selanjutnya.

Ridzuan Harun

SU JIM Selangor

MAJLIS PERWAKILAN WANITA JIM NEGERI SELANGOR 2007

Selangor, 15-Sep -- Alhamdulillah MPWN telah selamat dijalankan pada hari Sabtu 15hb September. Keputusan pemilihan barisan AJK bagi sesi 2007-2009 adalah seperti berikut:

Ketua Wanita - Dr Ruziaton Hasim

Timbalan Ketua Wanita - Dr Roohaida Othman

Setiausaha - Maznah Ahmad

Bendahari - Sarimah Sunar

3 AJK:
Dr Radziah Jabir
Ustazah Khadijah Abdul Wahid
Noursilawati Abdul Halim

Seterusnya akan diumumkan di masa akan datang, insyaAllah.

Maznah Ahmad