Sunday, August 19, 2007

JIM Selangor ke PERKASA RJ2



Sepang, 19 Ogos -- Sekolah Menengah Teknik Sepang dari 17 hingga 19 Ogos telah menempatkan peserta PERKASA 2007 dari seluruh negara. Pasukan PERKASA ikhwah dari Selangor adalah Mazmi, Dr Eshamsul (PJ), Dhany (Karisma UIA), Nuh (Karisma UIA PJ), Zulkarnain Hamzah (Petaling@ Shah Alam). Pasukan akhwat terdiri dari Dr Ruziaton, Noursilawati, Suraya, Hasnor dan Dr Radziah.

Pada malam 17 Ogos peserta diberikan taklimat program. Esoknya program dimulakan dengan Qiam. Tazkirah subuh disampaikan oleh Ir Jamal dari Pulau Pinang. Jam 8,28 pagi peserta telah bersedia untuk memulakan siri penyampaian "PERKASA RJ2 (Rancangan JIM yang ke 2)" ini.

Hasratnya adalah peserta PERKASA balik nanti dapat mengendalikan penyampaian yang sama (mungkin dengan bantuan VCD penyampaian asal) di negeri masing-masing. Perancangan RJ2 kali ini adalah dengan model "bottom-up". Bermula daripada sekarang hinggalah Disember ini. InsyaAllah, di Selangor ini akan kita susun program setelah semua MAD-MAD selesai untuk kita sama-sama merancang dan mencadangkan RJ2 JIM Selangor untuk dimurnikan dan dibincangkan dengan JIM Pusat.

Pada 18-Ogos sebelah siang peserta telah diberikan dengan kefahaman tentang proses perubahan.

Hj Raji talah membentangkan tentang "MENCAPAI WAWASAN MELALUI PENGURUSAN PERUBAHAN YANG STRATEGIK" yang menyentuh tentang Konsep dan Kepentingan Pengurusan Perubahan, Proses dan Pendekatan Perubahan dan Pengurusan Perubahan Secara Strategik. Antara persoalan yang penting adalah kita JELAS tentang "to be state" semasa 2020 nanti seperti yang kita nyatakan dalam wawasan JIM. Bolehkah kita membayangkannya? Kita harus ada matlamat yang jelas dan melaksanakan perancangan. Seiring dengan perancangan ini kita perlu yakin dengan malamat, doa, usaha dengan ikhlas, tawakal dan bersyukur dengan apa jua hasilnya.

Bagi menjadi asas kepada perancangan proses perubahan ini, Sdr Presiden telah membentangkan tentang "Jejak Perjuangan Ar-Rasul" untuk kita lihat daripada konteks seerah.

Kemudian peserta telah diberikan beberapa contoh dari konteks sejarah moden pula oleh beberapa ahli JKP. Tentang proses perubahan di UK (terbaru berkaitan Tony Blair dan labour party), Turki: Recep Tayyip Erdogan, Georgia: Rose Revolution, Burma: Daw Aung San Suu Kyi, Indonesia: PKS.


Pada 18-Ogos malam peserta telah dibentangkan tentang "Peranan Kuasa dalam Perjuangan Tanpa Keganasan". Kefahamanan tentang dari mana datangnya kuasa itu sendiri dan bagaimana mengubahnya.

Pada 19-Ogos pagi peserta dikehendaki memberi maklumbalas terhadap Rangka Kerja (Framework) RJ yang telah disediakan oleh JKP. Kemudian menyediakan Rangka Kerja dan Pelaksanaan (Implementation Framework) RJ untuk peringkat negeri. Kumpulan dibahagikan mengikut negeri. Perbincangan kumpulan JIM Negeri Selangor disamping ikhwah dan akhwat wakil PERKASA Selangor, turut serta adalah TimPres: Syed Ibrahim, JKP: Ust Marjamah, Penganjur Perkasa: Razali dan Hasbullah, Mohd Shah dari Gombak yang join kita pagi ini.

Pertama, kumpulan JIM Negeri Selangor bersetuju dengan Rangka Kerja (Framework) RJ yang telah disediakan oleh JKP.

Bahagian yang kedua, Rangka Kerja dan Pelaksanaan (Implementation Framework) RJ untuk peringkat negeri.

InsyaAllah, semua ini akan kita kongsikan dan bincangkan bila kita adakan program susulan diperingkat negeri Selangor nanti.

- Mazmi-