Sunday, February 08, 2009

Kempen Edaran 1 Juta Risalah di Pasar Tani Mega Shah Alam






Assalamu'alaikum wbt

Semuga di dalam iman yang sejahtera dan sihat2 selalu.

8hb Feb 2009, berlangsungnya program Kempen Edaran Sejuta Risalah Palestin peringkat JIM Negeri Selangor. Kali ini, kempen ini telah dirasmikan oleh YB Pn Rodziah Ismail, Exco Kerajaan Negeri Selangor. Kempen ini adalah sebahagian daripada program Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009 yang telah disempurnakan oleh YB Saari Sungib minggu sebelumnya 31/1/09 di Taman Melawati.

Sekitar 120 ahli JIM serta anak-anak memeriahkan suasana pasar mega Shah Alam yang terletak di perkarangan tempat letak kereta E3 Stadum Shah Alam yang luas itu. YB Rodziah amat mengalu2kan program kesedaran ini dan turut serta mengedarkan risalah selama sejam sebelum meninggalkan program untuk program lain. Beliau juga tidak melepaskan peluang menandatangani di atas banner bantahan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin. Antara lain beliau menyatakan sekiranya JIM berjaya mengedarkan 1 juta risalah bermakna JIM berjaya menyampaikan kepada sebahagian besar penduduk Selangor yang berjumlah 2.5 juta.

Dalam kenyataan akhbar sebaik sahaja selesai majlis perasmian, wartawan Sinar telah menemuramah YB serta JK Penganjur. Antara soalan mencabar ialah bagaimana kita menangani isu boikot walhal kebanyakan pekerja-pekerja di syarikat yang kita boikot adalah pekerja muslim.

Saya juga sempat mewar warkan program JIM seterusnya iaitu program TOPS yang akan diadakan pada 14/2/09. Saya juga maklumkan pada 9/2/09 ada sekumpulan 12 orang anak muda akan mengedarkan risalah 1 juta dengan berkonvoi motor besar ke Thailand dan akan mengedarkan risalah yang disediakan JIM & COMPLETE di sepanjang h/way.

Selesai majlis taklimat oleh Sdr Amizi Noor, peserta bertebaran di pasar mega dengan dibekalkan satu tabung setiap kumpulan. 8 tabung dan 5000 flyers berjaya diedarkan dalam masa tak sampai 2 jam. Ramai yang merungut kerana flyers yang disediakan terlalu sedikit dan tidak menyangkakan pasar ini terlalu besar. InsyaAllah nampaknya kita boleh buat lagi di pasar mega Shah Alam ini.

Tak kurang meriahnya juga jualan amal Palestin yang diadakan dikhemah berhampiran tempat perasmian dan di dalam pasar mega sendiri. Belon-belon Free Gaza diedarkan percuma kepada anak-anak. Ada ikh/akh boleh share pengalaman antum harap kongsikan....

Seperti biasa DJ khas diimport daripada Ampang Jaya Sdr Idris Mohamad berjaya menghidupkan suasana pagi. Kalau biasanya kita keudara dari studio, hari ini kita kita keudara di konti pasar mega Shah Alam. Ya mari mari mari kak long yang baru lepas mengedar risalah turunkan tanda tangan anda sebagai tanda sokongan kepada umat Islam Palestin. Celotehnya.

Sekitar jam 11 pagi hampir semua peserta kembali dengan hati yang gembira. Dapat menyumbang tenaga memberi kesedaran kepada penduduk Selangor. Saya di maklumkan oleh YDP Selangor, MBSA sedia berikan tempat yang lebih strategik di tengah-tengah pasar sekiranya program yang sama diadakan lagi.

Majlis ditutup dengan ucapan Pengarah program. Saya peringatkan lagi bahawa usaha seperti ini akan dibuat secara berterusan. Saya ingatkan kembali kata-kata Syeikh Khalil Al Haya', Ketua WHIP Hamas, semasa beliau melawat Malaysia satu ketika dulu. Kami tidak mengharapkan kamu pergi ke Palestin dan berperang dengan Israel. Kami cuma mengharapkan sokongan kamu. Sekiranya kami mati syahid dan kamu tidak melakukan apa-apa, kami akan tuntut di akhirat kelak. Tetapi sekiranya kamu membantu kami, kami akan mendoakan syafaat untuk kamu.

YDP memaklumkan jumlah kutipan yang diperolehi sepanjang bulan Jan-Feb kempen diadakan adalah sebanyak....

Suspen sket....................

RM130,000. Allahuakbar!!! 3X.

Saya, bagi pihak JKPA Pusat kemudiannya menerima RM4,906 daripada Tadika Naim, Kelang. RM3,000 dari Masjid Tok Dagang, Kg Jaya Kelang. Sumbangan disampaikan oleh YDP JIM Kelang Sdr Zainal. RM100 lagi dari tabung keluarga Wan Johari Shah Alam. Mohon orang Shah Alam update jumlah sumbangan hari tu...

JazakumuLlaha khairan kathira kepada semua yang hadir. Timb Presiden JIM Sdr Syed Ibrahim, isteri Presiden JIM Kak Su, Ahli Majlis Shah Alam Kak Mela, Ketua Wanita JIM Selangor Dr Rohaida, AJK JIM Pusat Sdr Ahmad Raji sekeluarga, YDP Sdr Mazmi, keluarga pengarah, Dr Badiah serta anak2, sekadar menyebut beberapa nama. Maaf tak sempat nak sebut semua.

TAHNIAH saya ucapkan kepada JIM Shah Alam (Petaling) yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini. Wan Johari antara orang kuatnya.

TERIMA KASIH kepada semua yang menjayakan kempen ini. Semuga Allah mengira usaha ini sebagai amal soleh dan menjadi bukti yang kita juga bersama-sama saudara kita di Palestin.


Freedom For Palestine!!!


Zun Arif Hakim
Pengarah
Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009

0 Comments:

Post a Comment

<< Home