Thursday, February 01, 2007

Pelancaran Gerak Gempur Usrah dan Majis Nuqaba JIM Negeri Selangor

Banting, 1-Feb -- Pelancaran Gerak Gempur Usrah dan Majis Nuqaba JIM Negeri Selangor telah berlansung di Kolej Komuniti Banting. Seramai lebihkurang 140 orang AJK dan nuqaba dari 9 daerah di Selangor telah menghadirinya. Turut bersama dimajlis tersebut adalah Setiausaha Agung JIM Pusat dan Pengerusi serta jawatankuasa TPSM Pusat. YDP JIM Selangor selepas ucapan beliau telah melancarkan Gerak Gempur Usrah JIM Selangor. Ianya bertujuan untuk memastikan bahawa setiap ahli JIM ada unit usrah masing-masing.


Proram sebelah paginya dimulakan dengan pembentangan dan penyampaian daripada Hj Raji dan Ust Asmadi menerangkan tentang kepentingan usrah dan perlasanaan buku biru TPSM. Hj Raji dalam penyampaiannya tentang peranan usrah adalah untuk:
  1. Memantapkan aqidah, ibadah, fikrah dan akhlak individu.
  2. Membina ikatan & hubungan ukhuwwah.
  3. Sebagai saluran pengambilan dan pengumpulan ahli baru.
  4. Melaksanakan misi dan kerja-kerja dakwah selaras dengan Perancangan Strategik JIM (satu usrah, satu medan)
Ust Asmadi membentangkan modul 1-4 buku biru. Beliau juga berkongsi pengalaman sebagai pimpinan di Hulu Selangor, salah satu faktor kejayaannya adalah setiap pemimpin perlu ada core group nya yang tersendiri untuk membincangkan strategi bersama dan taat mengikut arahan bila-bila masa yang diperlukan.

Selepas makan tengahari dan solat zohor ahli telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama terdiri daripada YDP, Ketua Wanita, Setausaha dan Setiausaha Wanita telah berkumpul untuk bersama YDP JIM Selangor untuk membincangkan pengoperasian dan penyelarasan kerja JIM Negeri Selangor. SU Agung semasa sessi tersebut telah menekankan tentang kepentingan komunikasi yang mantap terutamanya diperingkat kepimpianan JIM. Banyak permasalahan dan kelemahan yang timbul adalah disebabkan kurang atau tersilap tafsir dalam komunikasi.

Kumpulan yang kedua telah bersama TYDP JIM Selangor merangkap Pengerusi TPSM JIM Selangor. Mereka meneruskan perkongsian dan perbincangan tentang TPSM.

Majlis diakhiri lebihkurang jam 5.15 petang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home