Wednesday, January 28, 2009

Sidang Media Karnival Keamanan Bersamamu Palestin




Gombak 28-Januari-2009 – Satu sidang media telah diadakan oleh Penganjur Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009 iaitu dari Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor 11 pagi tadi hari ini di Kompleks JIM, Pusat Bandar Taman Melawati, Gombak.

Tujuan sidang media ini diadakan adalah untuk memberi hebahan melalui media berkenaan program Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009 anjuran JIM Selangor yang akan diadakan pada 31 Januari 2009. Antara objektif karnival ini ialah bagi mewujudkan kesedaran dan membentuk pemahaman serta persepsi sebenar mengenai isu Palestin dan menjalinkan jaringan kerjasama bagi melibatkan pelbagai pihak dalam memasyarakatkan kerja-kerja kebajikan di peringkat antarabangsa serta mengumpulkan dana bagi tabung palestin.
Pihak JIM Selangor yang hadir ke sidang media ini ialah Yang Dipertua, Hj Mazmi Kamal, Pengarah Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009, En Zun Arif Hakim bin Abdul Rahman, AJK Penerangan, Sdr. Ahmad Nizam Samsudin dan Pemangku Ketua Wanita, Dr Roohaida Othman. Antara pihak Media yang hadir ialah Sinar Harian, New Strait Times, Bernama TV, Bernama Wireless, dan JIMedia. Sidang dimulakan oleh En. Zun Arif selaku pengarah program dengan menceritakan latar belakang program dan diteruskan oleh ahli sidang yang lain disertakan dengan beberapa soal jawab. Antara lain ialah penekanan terhadap tindakan boikot ke atas barangan Israel. Sidang media tamat kira-kira jam 12.30 tengahari.

--
Ahmad Nizam Samsudin

0 Comments:

Post a Comment

<< Home