Saturday, January 31, 2009

Kembara Palestin dan Malam Suara Kemanusiaan Palestin 2009











Petaling Jaya, 31-Jan-2009 – Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor telah menganjurkan Kembara Palestin dan Malam Suara Kemanusiaan Palestin 2009 yang diadakan pada 31 Januari 2009 iaitu pada hari Sabtu yang lepas. Kedua-dua program ini adalah antara siri-siri program Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009. Program ini bertujuan memberi kesedaran dan menyampaikan input kepada orang ramai mengenai isu Palestin serta menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak.

Kembara Palestin dan Malam Suara Kemanusiaan ini adalah anjuran Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Palestine Center of Excellence (PACE), dengan kerjasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan disokong oleh Coalition of Malaysian NGOs Against Persecution of Palestinians (COMPLETE)

Kembara Palestin yang berbentuk konvoi melibatkan kira-kira 100 buah kereta telah berlangsung dengan jayanya. Konvoi ini bermula dari Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Gombak, Pusat Bandar Melawati, Gombak kira-kira jam 10 pagi sehingga Dataran Petaling Jaya pada jam 5.30 petang . Edaran risalah dan kutipan dana untuk palestin telah dibuat sepanjang konvoi tersebut di beberapa lokasi terpilih.

ADUN Hulu Klang, YB Saari Sungib telah merasmikan program Kembara Palestin 2009 ini. Turut hadir, Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh, Yang Di-Pertua JIM Selangor, Hj Mazmi Kamal dan Timbalan Ketua Wanita Selangor, Dr Roohaida Othman .

Malam Suara Kemanusiaan yang bertempat di Dataran Petaling Jaya telah diadakan di sebelah malam hari tersebut. Beberapa pidato oleh individu berbilang bangsa dan agama mengenai isu Palestin telah diadakan diselitkan dengan persembahan nasyid Bro Muadz dan beberapa acara persembahan seperti Pentomen dan sebagainya.

http://ahmadnizam.wordpress.com/2009/02/02/kembara-dan-malam-suara-kemanusiaan-palestin-2009/

0 Comments:

Post a Comment

<< Home