Saturday, October 06, 2007

Muzakarah RJ2 Selangor





Serdang, 6-Oct -- Muzakarah RJ2 JIM Negeri Selangor telah dihadiri oleh lebihkurang 150 orang pimpinan Negeri dan Daerah di negeri Selangor. Muzakarah sehari itu dimulakan dengan pembentangan oleh AJK Negeri berkenaan proses perubahan dari konteks seerah dan sejarah moden. Juga dibentangkan pencapaian RJ1 di Selangor dan juga bahan-bahan awal RJ2-4 dari JIM Pusat yang telah dibentangkan semasa PERKASA RJ2 2007 yang lalu.

Sesi bergambar untuk AJK Negeri dan daerah-daerah juga di adakan. Selepas solat zohor telah diadakan bengkel yang telah dibahagikan kepada 9 kumpulan untuk membincangkan beberapa bahagian sebagai maklumbalas dan cadangan untuk pembentukan RJ2. Setiap kumpulan kemudiannya membentangkan hasil bengkel.

Wakil JK Pusat terdiri dari Timbalan Presesiden (Tn Hj Syed Ibrahim Syed Noh) , Naib Presiden (Prof Dr Hj Sahrim Ahmad) dan SUA (Hj Nahar Md. Nor) juga turut hadir untuk mengikuti pembentangan.

Majlis diakhiri pada jam 6.00 petang. Para hadirin dibekalkan dengan air dan kurma kalau-kalau ada yang dari jauh perlu berbuka dalam perjalanan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home