Sunday, October 07, 2007

Iftar MACMA dan Perasmian Cawangan Selangor




Kajang, 7-Okt -- JIM Selangor telah bersama menghadiri Iftar MACMA dan Perasmian Cawangan MACMA Selangor di Taman Sekamat, Kajang, Selangor.

JIM telah diwakili oleh Hj Mazmi Kamal, YDP JIM Selangor dan Sdr Aizuddin Nuruddin, Pengerusi JK Dakwah Selangor. Aktivis dakwah JIM yang turut hadir adalah Sdr Nash dari Sepang dan Sdr Ridzuan dari Cheras. Majlis telah dihadiri oleh wakil pelbagai organisasi dakwah.

Cawangan MACMA Selangor telah dirasmikan oleh Datuk Dr Hj Mustapha Ma. Selesai bermuka hadirin telah ke surau berdekatan untuk solat Maghrib yang diikuti dengan makan malam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home