Monday, September 24, 2007

Lawatan ramah mesra ke Hospital Ampang






Ampang, 24-Sep -- Seperti tahun2 yang lepas,JIMAJ yang diwakili tidak kurang daripada 60 ikhwah dan akhawat pada pagi ini telah turun ke Hospital Ampang untuk berjumpa dengan rakan2 pesakit tidak mengira usia dan bangsa bagi beramah mesra dengan mereka. Bukan itu sahaja, pertemuan yang mulia itu telah mencetuskan rasa persahabatan yang sejati serta menimbulkan bibit2 rasa kasihan kepada manusia yang ditimpa musibah.Anak2 juga sempat dibawa untuk dilatih dan ditanam sifat2 yang mulia ini.Syarikat System Consultancy Services Sdn Bhd dan Al Miswak(Ubat Gigi Mukmin) juga turut menyumbang serta menhantar wakil bersama kami.Antara kata2 yang terluah dari mulut pesakit...."Ini kumpulan mana ni? Saya rasa ini satu usaha yang amat mulia yang patut dibuat oleh masyarakat kita. Boleh saya dapatkan nombor telefon saudara?"\"kamu orang baik2 ..terimakasih doakan suami saya cepat sembuh"kata seorang isteri berbangsa Cina yang duduk di sebelah suaminya yang terlantar di atas katil.Jangan lupa kita akan turun lagi pada hari Rabu ini ke HUKM dan ujung minggu ini ke HKL.Jom join....

.....
Aktiviti2 yang dijalankan:
1)mencari sumber kewangan daripada ahli2 atau syarikat2 yang ingin menyumbang dari segi kewangan atau tenaga.
2)menjalankan ceramah/briefing bagaimana menangani/bertemu pesakit2 dan apakah perkara2 yang sensitif yang tidak patut dibincang semasa lawatan
3)pengenalan kepada pengarah/staff tentang JIM
4)membahagi2 ahli kpd beberapa kumpulan untuk lawatan dan bertemu pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya bersabar dgn ketentuan Allah, mendoakan kesihatan mereka dan memberi sedikit cenderahati.
5)Anak2 digalakkan hadir kerana ini dapat melatih mereka supaya sedar dan syukur tentang keadaan mereka yang sihat serta sentiasa prihatin kpd masyarakat.

Generally HUKM dan HKL kita selalunya bertemu di kompleks jam 830 dan pergi membawa cenderahati. Ana rasa antum yang ingin turut serta boleh pi ke sana dan call ana say jam 9.00pagi pada Rabu dan Sabtu ini.
Tel : 012-3132134

-syed abah-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home