Monday, December 31, 2007

Mesyuarat Permaufakatan NGO Islam - MAIS: BIL2/2007

Shah Alam 31-Dis-2007-- YDP telah menghadiri Mesyuarat Permaufakatan NGO Islam - MAIS: BIL2/2007 yang telah berlangsung pagi tadi 31/Dis/2007 0930 hingga 1345.

Mesyuarat telah di Pengerusikan oleh Tn Hj Ahmad Zaki bin Arshad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAIS.

Semasa pembukaan beliau menyatakan bahawa 2008 adalah sambutan 60 tahun penubuhan JAIS. Beliau mensasarkan 500 program dakwah pada tahun 2008 yang dijalankan oleh MAIS dengan kerjasama NGO-NGO.

Bajet secara umum untuk setiap NGO adalah RM50K-100K. Untuk mendapatkan bajet maka kita sebagai NGO perlu menyediakan rancangan aktiviti dan bajet untuk diselaraskan di Bengkel pada 30 & 31 Januari nanti. Penyerahan cek mock-up akan diadakan pada 10-Jan-2008 sempena Maal Hijrah.