Thursday, December 27, 2007

MESYUARAT BERSAMA JAIS - SEMPENA HARI KEBESARAN ISLAM

Shah Alam, 27-Dis-2007-- Sdr Razali telah mewakili JIM Negeri Selangor untuk menghadiri mesyuarat bersama MAIS dan NGO-NGO Islam tentang program Hari-hari Kebesaran Islam 2008.

Antara isi kandungannya adalah untuk mencadangankan bentuk program sempena Hari kebesaran Islam 2008 peringkat negeri Selangor. Hari kebesaran yang dirayakan oleh selangor adalah

1. Hari Raya Puasa & Korban
2. Maulud Nabi
3. Awal Muharam
4. Nisfu Sa'ban
5. Nuzul Quran
6. Ihya' Ramadan
7. Isra' Mikra'

Pelbagai cadangan telah diberikan dalam usaha menghayati Hari-Hari kebesaran tersebut. Selain daripada program-program biasa yang dicadangkan terdapat pelbagai cadangan perubahan telah utarakan.

Pembaruan yang telah diutarakan adalah bentuk-bentuk program yang boleh menarik genarasi muda dan juga kempen yang lebih berkesan perlu dilaksanakan.

Bagi pihak JIM Sdr Razali telah diletakkan dalam kumpulan utk maulud nabi beberapa pembaharuan telah kami cadangkan seperti

1. Explorace sempena maulud nabi supaya memberikan penghayatan yang lebih peserta berhubung dengan keperibadian nabi. - bersedia mungkin satu lengkap perlaksanaan mungkin diminta oleh mereka daripada kita.

2. Mengujudkan website berhubung dengan keperibadian rasulullah

3. Ziarah - [peserta adalah orang umum yang akan diberikan tazkirah kepetingan kasih sayang, dakwah DLL

4. Perkhemahan/rehlah - yang berkisar kepada kecintaan rasul, ukhuwah dan dakwah non-Muslim

Kita juga mencadangkan mengenengahkan isu palestin sebagai salah satu program sempena isra' mikra' dan mencadangkan agar kempen dan galakkan untuk masyarakat merasakan tuntutan berkorban pada hari raya korban.

Perubahan telah banyak dicadangkan antara lain juga.

Ramadhan - agar disusun program menyampai risalah, tadarus, iktikaf dan kuliah duha secara tersusun selain daripada menyemarakkan ramadhan sebelum kedatangannya dengan pelbagai program kesedaran

Awal muharam - dicadangkan program HALAL HUNT bagi menggalakan kepada remaja kepada pencarian product halal, mendidik remaja berdikari dengan program Ala explorace DLL

Peserta juga mencadangkan agar Hari korban perlu disemarakan lagi dengan mempelbagaikan program yang memeriahkan Hari raya tersebut.