Sunday, December 30, 2007

Simposium Koordinasi Dakwah Mualaf - MAIS

Shah Alam, 30 Dis 2007 -- Pada 28, 29 dan 30 Disember Sdr Aizuddin (JK Dakwah JIM Negeri Selangor) dan Sdr Kamarulzaman Noor Mohamed telah menghadiri "Simposium Koordinasi Dakwah Mualaf - MAIS" yg dianjurkan oleh bahagian pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Selangor di Concord Inn, berhampiran KLIA. Peserta program ini dihadiri oleh Nazir-nazir masjid yg terpilih(6 masjid setiap daerah), wakil-wakil NGO dan pegawai MAIS kebanyakannya dari bahagian pembangunan insan.

Objektif progam adalah;

  1. Membina koordinasi antara agensi kerajaan,NGO, dan masyarakat tentang kepentingan pendidikan agama dan penjagaan akidah mualaf.
  2. Meningkatkan kesedaran masyarakat Islam tentang peranan yang boleh dimainkan dalam memberi sokongan kebajikana kepada mualaf.
  3. Meningkatkan sensitivit masyarakat terhadap pelbagai isu-isu berkaitan mualaf di Selangor.
  4. Berkongsi idea dan kemahiran dalam mengendalikan isu-isu mualaf di Selangor.
Di dalam program ini 3 kertas kerja telah dibentangkan ;-
  • Keperluan bimbingan agama dan pendidikan kepada mualaf India: Bagaimana kita boleh membantu? yg disampaikan oleh Ustaz Farid Ravi Abdullah pensyarah KUIS
  • Pengalaman MACMA dalam memberi pendidikan agama dan kebajikan kepada saudara kita. disampaikan oleh Sdr Ann Wan Seng selaku setiausaha agung MACMA
  • Peranan ahli jawatankuasa masjid dan masyarakat kariah dalam memberi pendidikan agama dan kebajikan kepada mualaf. disampaikan oleh Hj Nawi Abu Bakar selaku Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid JAIS.
Kemudian diikuti oleh 2 diskusi (dipecah ikut kumpulan-kumpulan mengikut daerah);
  • Memahami senario mualaf di Negeri Selangor
  • Membina kerjasama dan persefahaman dlm pembangunan pendidkkan keagamaan mualaf.
  • Pembentangan hasil diskusi.