Saturday, February 07, 2009

Muzakarah Nasional 2009

Gombak, 2-Feb-2009 -- Muzakarah Nasional 2009 yang dihadiri lebih 100 orang pimpinan JIM seluruh negara telah berlangsung di Auditorium B, Kuliyah Engineering, UIA. Pimpinan JIM Selangor dan daerah telah diwakili oleh para YDP, SU, KW, SUW dan juga dari agensi-agensi JIM.

Majlis dimulakan sedikit lewat kerana ramai yang tersungkut kesesakan jalanraya di Batu Cave termasuk SUA.... bila beliau sampai sempat berkongsi asal usul nama Batu Cave... anda tahu? Katanya sebab cave tu terletak di daerah Batu..betul ke?

Perbincangan kali ini berkisar tentang Perancangan JIM 2009 yang perlu diselaraskan diperingkat Pusat-Negeri-Daerah. Berbincang dan sama-sama bersetuju untuk melaksanakannya.

Sdr Presiden dalam ucapan aluannya menekankan perlunya bekerja mengikiut perancangan dan walaupun tugasan nampak banyak inilah peluang untuk melibatkan lebih ramai ahli agar tidak ada yang "menggangur", jika tidak timbul masalah "sosial" dalam organisasi katanya. Mereka yang mengganggur ini akan cuma melihat dan komen apa yang orang lain buat. Kita ingin semua orang terlibat menjayakan perancangan kita bersama.

Antara yang baru adalah pelancaran JAIB (Jaringan Usahawan Islah Berhad) yang akan membantu pembinaan usahawan dan dana JIM supaya lebih mantap. Pengenalan JAIB telah disampaikan oleh Presidennya Hj Hamidon bin Abdul Hamid. Isilah borang keahlian di bawah nie..


0 Comments:

Post a Comment

<< Home